Monday, 23 November 2009

rabak dan raban part ii

diringkaskan cerita. jumaat yang lepas adalah hari penutup atau graduasi kanak-kanak tadika. biasalah sekolah tadika, mesti ada program yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajarnya.

aku kesian kat seorang pelajar tadika tu. beliau naik ke pentas untuk bercerita dalam bahasa inggeris. bercerita dengan penuh yakin disertakan dengan lenggok dan aksi. pada masa yang sama juga para ibubapa yang hadir sibuk juga bercerita di kerusi masing-masing, berserta dengan lenggok dan gelak ketawa riang. setelah pelajar tadi selesai, hanya dua tiga orang yang bertepuk tangan. yang lain masih juga leka bercerita dengan hilai ketawa yang berdekah-dekah.

"abah... kenapa abah berdua dengan kawan abah je yang tepuk tangan bila kakak selesai bercerita?" tanya pelajar perempuan itu kepada abahnya. abahnya tak menjawab. terkedu.

setelah selesai pelajar tadi bercerita. penonton dipersembahkan pula dengan tarian dan nyanyian. berkerumunlah ibubapa ke depan pentas untuk mengambil gambar. ada yang bernyanyi bersama. ada juga yang bertepuk tangan mengikut irama lagu. bila selesai tarian dan nyanyian, mereka bertepuk tangan dengan sepenuh hati dan jiwa.

ah... raban!

*salam aidiladha dari benludin

Thursday, 19 November 2009

kong kali kong

dulu masa dia berjawatan, dia kata sesiapa yang melanggar undang-undang negara hukumnya berdosa. contohnya kalau pemandu yang memandu tanpa lesen. atau contoh kedua, kalau polis kata jangan lakukan demonstrasi jalanan tetapi para rakyat tetap berdemonstrasi, hukumnya adalah berdosa.

tetapi bila beliau tidak berjawatan, beliau pula melanggar undang-undang negara. dicabarnya semua hakim-hakim, mufti-mufti dan ulamak-ulamak.

nama beliau melonjak naik. popular satu malaya. sampai ada kelab penyokong yang terdiri dari artis-atris dan 'kakak-kakak didalam islam'.

cukup-cukuplah bertelagah. aku dah muak! bermuzakarahlah!

contohilah puan rosmah kita yang berusaha untuk mempopularkan busana muslim di benua amerika sana. beliau tak suka bergaduh. beliau anti-keganasan. beliau anti-c4. beliau suka perdamaian dan berkawan. contohilah usaha dakwah beliau terhadap michelle obama.

Tuesday, 17 November 2009

rabak dan raban part i

i. sekarang memang musim orang sakit mata. selepas anak-anak aku kena, mak bapak dia orang pulak yang kena. 1famili mata merah. 1famili mata bengkak!

aku bergaya sakan dengan spek mata hitam aku. tak kira pagi, tengahari atau petang spek itam melekat kat mata. kalau boleh malam pun aku nak pakai. boleh juga 'curi-curi' tidur kat sofa. pasti anak-anak aku ingat abah dia sedang memerhatikan gelagat mereka yang bergasak. seorang jadi ultraman, yang seorang lagi jadi raksasa.

bila bersalam dengan orang pun dia orang boleh agak aku ni sakit mata. masa bersalam dia orang hulur tangan dari jauh je. macam nak taknak je bersalam.itu baru aku sakit mata. camner la kalau aku ada panau dan kurap satu badan. agaknya pasti dia orang bersalam dengan aku guna satu jari je. maklum lah musim 1malaya ni. semua nak satu! (nota: ada juga yang suka nombor empat. 4bini).

pagi semalam aku ke klinik bagi mendapatkan penawar penyakit mata aku. dapat la 'hadiah' ubat sakit mata, antibiotik dan surut bengkak. bila nak dapatkan penawar mesti ada pengeras. aku ingatkan pengerasnya dalam tigapuluh ringgit je. aku bawak duit cukup-cukup. bukan aku ni takde duit. duit banyak kat bank. tapi bukan duit aku la. duit orang!

"encik, jumlah semua tiga puluh enam ringgit.." kata tukang bagi ubat.

"aik...mahalnya! dah naik harga ke?"

"mana naik harga. dah lama harga ni. ubat encik pun banyak ni. itu pasal la mahal"

"ohh..ye ke .gini la.saya ada tigapuluh ringgit je ni. pa duit tertinggal. jap lagi saya datang semula bayar baki" aku bagi alasan.

"baiklah. jangan lupa ye encik."

aku segera meninggalkan klinik dengan muka yang merah. malu. aku memang rabak. rabak di klinik pulak tu !!!

* pa duit (loghat pahang lipis) = wallet

ii. (akan dientrikan kemudian)

**tajuk entri ini aku pinjam dari watak kartun yang dilukis oleh ubilepih

Tuesday, 10 November 2009

encik bakar

the notorious encik bakar. image from utusan.

 red devils are not from manchester united, they are from  newcastle..

eat football

sleep football

Friday, 6 November 2009

air dicincang takkan putus

Thursday, 5 November 2009

borak-borak malam jumaat

rakaman perbualan antara che guava songkok mereng bersama isteri beliau yang bernama rapidah tudung pink.

che guava: darling... jom solat isyak sama-sama..

rapidah: ala...tak boleh la bang. hari ni i cuti...

che guava: hah....cuti ? alamak.melepas pahala berjemaah... (sambil menepuk dahinya)

malam itu che guava songkok mereng tidur tak nyenyak. posisi tidurnya pun turut mereng.

Monday, 2 November 2009

siri berbual dengan ... art fazil

art fazil dan pyanhabib

minggu lepas aku ke kl sempena pelancaran buku meor yusuf azzidin yang bertajuk 'sembang tepi jalan'. hebat-hebat belaka tetamu yang hadir pada hari itu. antaranya ialah pak samad, pyanhabib, rahmat haron, nikbinjidan, amir, gurdesh dan kawan-kawan meor yang lain. aku je yang tak hebat. gambar-gambar mereka ada di sini.

ia merupakan hari yang istimewa bukan sahaja kerana dapat menyaksikan persembahan mereka yang hebat-hebat itu tetapi juga atas kehadiran kawan lama aku, art fazil, yang sudah hampir sebelas tahun tidak bertemu (kecuali berhubung melalui ym). lama beliau merantau di london, sampai dapat title permanent resident. beliau datang bercuti ke malaya atas urusan pelancaran album terbarunya yang berjudul 'syair melayu'. kat singapura telah lama dilancarkan. cuma menunggu masa sahaja untuk dilancarkan disini.

setelah selesai program pelancaran buku meor, kami lepak di kedai mamak yang berhampiran. bercerita kisah-kisah lama ketika di perantauan dulu. diselang-selikan dengan cerita agama, tentang hidup, tentang mati, kisah buku, kisah pilem, perjuangan muzik beliau dan kisah-kisah di london yang tidak seperti dahulu.

"london tak macam dulu. sepuluh tahun dulu kita bebas untuk bekerja walaupun tanpa permit. dulu kalau pelajar kerja di restoran jadi tukang cuci pinggan pun masih rasa selamat. takde pihak imegresen nak kacau. tapi sekarang dah lain. pihak imegresen sering buat pemantauan. silap-silap kena tangkap lepas tu kena hantar balik ke malaya. habis!!"

"kenapa jadi macam tu ye?" aku bertanya

"salah satu sebabnya ialah selepas peristiwa 911 dan london bombing. selain dari itu pendatang asing pun dah terlalu ramai. macam-macam warganegara dah ada. termasuklah bapok-bapok dari malaya. dia orang pun dah pandai buat duit kat sana"

"eh ye ke art?. pe ke jadah bapok pi ke sana?"

"ye la...currency sini lebih tinggi. sekali jual dapat tujuh kali ganda dari pendapatan di malaya per.."

hahaha...kami gelak.

"bukan tu je ben. suasana kawan-kawan pun dah lain. tak macam dulu. dulu kalau petang-petang kita rajin turun padang main bola. tak pun pi lepak mana-mana sambil tengok wayang. tapi sekarang kawan macam tu dah takde."

"sebab apa jadi macam tu? pelajar malaya dah tak ramai ke?"

"bukan. dia orang bawak budaya di malaya ke london"

"ish...elok la tu. budaya melayu" tambah aku.

"ceh...budaya melayu apa. melayu bila datang sini lebih mat salleh dari mat salleh sendiri. dia orang bawak budaya clubbing la. mat salleh selalu pi clubbing hujung minggu je. tapi orang kita tiap-tiap malam pi clubbing."

hahaha...kami gelak lagi.

setelah hampir dua jam kami berbual, kami berempat termasuk ubilepih dan pyanhabib berjalan pulang. kami berpecah di hentian masjid jamek. art fazil menuju ke masjid jamek untuk menunaikan solat maghrib. sementara kami pula meneruskan perjalanan ke restoran mualaf di melawati. lepas makan, kami bersolat di surau restoran tersebut.

art....semoga bertemu lagi. ucapan tahniah kepada kamu kerana berjaya menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. alhamdulillah. lu memang hebat la tuan haji art fazil....haha..

*makan-makan di restoran mualaf memang sedap. ditambah pula dengan petai yang dibawa khas oleh akiart. ya...toilet restoran mualaf sudah berbau petai!! hahaha!

Thursday, 29 October 2009

liku-liku kehidupan



Monday, 26 October 2009

salasilah keluarga

salasilah keluarga yang dilakarkan oleh arwah aki aku pada dua helai kertas minyak. abang aku terjumpa ketika mengemas buku-buku kepunyaan arwah di kampung temau, raub.

kakak aku dulu pernah mencadangkan beberapa kali kepada arwah aki supaya melakarkan salasilah keluarga kami. semasa hayatnya kami tidak berpeluang melihat hasil kerjanya. rupa-rupanya arwah melakarkannya secara senyap-senyap. hasilnya kami temui setelah hampir lima tahun beliau meninggalkan dunia ini. alfatihah untuk aki.

aku puas tenung. beliakkan mata. dekatkan mata. sepetkan mata. tetapi aku masih gagal membacanya. mungkin tulisan jawi tersebut terlalu halus atau ia adalah ejaan lama. atau mungkin juga aku kena pakai spek berkanta tebal ala gogle yang digunakan untuk scuba diving! (nota: alasan).

* tugasan untuk kamu. cuba lihat gambar pertama. nama teratas sekali tak silap aku ialah 'sutan asbak laut selengkar alam' ?

Friday, 23 October 2009

salam jumaat dari che guava

tadi terjumpa che guava rakan baik don songkok. che guava adalah seorang pejuang totok sebuah pertubuhan songkok mereng yang berkeramat tu. aku malas nak cerita pasal perjuangan beliau. aku lebih tertarik dengan apa yang diperkatakan kepada aku pagi tadi.

"aku rasa la masjid kampung kita akan penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat jumaat tengahari ni. ramai dah sedar dan mengambil iktibar dari peristiwa sejadah berdiri. mungkin ia adalah petunjuk dari allah s.w.t. kita patut malu kat sejadah. ramai dari kita tak menunaikan solat, tapi sejadah bersolat. betul tak ben?"

"entah la che... kalau aku tak solat, aku lebih malu kat allah bukan sejadah."

* jawapan aku ringkas aja kat che guava. aku tak berani nak komen sangat hal-hal begini. tapi kalau kamu nak baca pandangan seorang ustaz, sila klik sini.

* che guava tidak ada talian persaudaraan dengan che guevara. che guava dilahirkan di kampung lubuk hik, pahang. che guevara pula dilahirkan di argentina sana.

foto: sejadah aku pun berdiri. kopiah tu dia pinjam ubilepih punya.

sms baru masuk dari seorang peminat karpet: "lepas solat jumaat nanti , kalau takde org, wa nak diri sejadah banyak2. ha!"